Ariaramnes dari Parsi

Ariaramnes (Parsi Purba: ๐Ž ๐Žผ๐Žก๐Žน๐Ž ๐Žผ๐Žถ๐Žด[1] Ariyฤramna,[2] "Dia yang membawa keamanan kepada Aryan (iaitu orang Iran)"[3]) adalah datuk saudara kepada Cyrus Agung dan moyang kepada Darius I, dan mungkin adalah raja Parsa, sebuah kerajaan purba dari Parsi. Ariaramnes kemungkinan besar adalah abang kepada Cyrus I dari Anshan dan anak lelaki kepada Teispes, tetapi perkara ini tidak pasti. Dalam sebarang keadaan, beliau adalah kerabat Achaemenid. Sepertimana disokong oleh sebuah relik di Bisitun, beliau adalah raja pertama dari cabang Achaemenid yang terpisah yang wujud sezaman dengan pemerintahan Cyrus I dan anak lelaki beliau Cambyses I.